Dua Orang kanak-Kanak Keluar Rumah Ketika Bapa Tertidur

| May 29, 2021 | 0 Comments

Dua Orang kanak-Kanak Keluar Rumah Ketika Bapa Tertidur | Dua orang kanak-kanak perempuan yang berusia setahun dan tiga tahun telah keluar dari rumah mereka tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa. Dipercayai bahawa bapa kepada dua orang kanak-kanak itu telah tertidur semasa anak-anaknya keluar rumah.

Dua Orang kanak-Kanak Keluar Rumah ketika Bapa Tidur

Kedua-dua adik beradik itu telah ditemui selamat oleh orang awam pada jam 11.50 malam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, anggota ronda cegah jenayah yang sedang bertugas menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian dan terus bergegas ke lokasi di Kampung Melayu Kulai, di sini.

Daripada siasatan yang dilakukan, didapati bahawa kedua-dua kanak-kanak itu telah berjalan sejauh 50 sehingga 100 meter dari kediaman mereka. Pemeriksaan dilakukan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan akibat didera atau trauma. terhadap kanak-kanak itu.

Polis dan orang awam telah bertindak untuk mengesan keluarga kanak-kanak berkenaan sebelum seorang lelaki tampil dan mengaku sebagai bapa kandung kepada mereka kira-kira 30 minit kemudian.

Menurut Beng Yeow, pemeriksaan dokumentasi yang dilakukan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu mengesahkan dia adalah bapa kepada kedua-dua kanak-kanak perempuan terbabit. Lelaki itu mengakui bahawa dia cuai ketika menjaga anak-anaknya semasa isterinya yang berusia 18 tahun keluar untuk bekerja syif malam.

Polis bertindak memberikan amaran keras kepada lelaki terbabit selain turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang bertindak melaporkan penemuan kanak-kanak itu kepada pihak berkuasa. Beliau turut memesan agar orang ramai khususnya golongan ibu bapa diingatkan agar jangan leka dan sentiasa menjaga keselamatan anak-anak mereka.

Dalam video tular berdurasi 38 saat, memaparkan dua kanak-kanak itu diberi makan oleh anggota keselamatan selepas ditemui orang awam di tepi jalan raya.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *