Polis sudah mengambil keterangan pemandu bas persiaran yang terbabit kemalangan mengorbankan dua penumpang di Kilometer 375.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas hentian Rehat dan Rawat (R&R), Bukit Besi, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata pemandu berusia 26 tahun diambil keterangan sejurus selesai menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu mendakwa dia cuba mengelak seekor haiwan yang melintas sebelum bas dipandunya itu terbabas dan terbalik.

“Bagaimanapun polis tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai pemandu mengantuk berdasarkan kesan tayar di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Baharudin berkata, hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas pemandu terbabit mendapati dia negatif dadah.

“Ujian alkohol yang turut dilakukan turut negatif dan polis sudah menghantar sampel darah pemandu untuk tindakan lanjut.

“Bas terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi mengenal pasti sekiranya wujud masalah mekanikal,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, bas membawa 30 penumpang daripada tujuh keluarga itu dalam perjalanan dari Tampin ke Pulau Redang dipercayai terbabas dan terbalik.

Kemalangan itu menyebabkan dua penumpang, Tan Poh Hwa, 42, meninggal di tempat kejadian manakala Choo Chia Tan,44, meninggal ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Dungun.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

[VIDEO] Dua Orang M4ut Slps Bas Bergerak Sendiri Menjunam Masuk Dalam Gaung

Sekurang-kurangnya dua disahkan maut selepas sebuah bas persiaran menjunam masuk ke dalam gaung di Guci, Tegal, Jawa Tengah, semalam.

Ketua Perhubungan Awam Tangsel berkata, mangsa kedua disahkan meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi akibat kecederaan parah ketika menerima rawatan di hospital.

Menurut laporan media tempatan seramai 35 orang penumpang turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Dalam pada itu laporan Tribune News mengatakan kemalangan dipercayai berlaku apabila bas terbabit bergerak sendiri semasa pemandu bas sedang minum kopi di sebuah gerai.

Difahamkan, penumpang bas yang terlibat merupakan rombongan sekolah agama dari Masjid Baitul Hani, Tangerang Selatan dan dalam perjalanan ke Cirebon, Pemalang.

Ketua Polis Tegal, Asisten Komisioner Mohammad Sajarod Zakun berkata, pemandu bas terbabit telah ditahan bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Hidayat, pemandu bas telah menghidupkan enjin sebelum penumpang naik ke dalam bas.

“Bagaimanapun, ketika pemandu sedang minum kopi, bas tersebut secara tiba-tiba bergerak sendiri sebelum menjunam masuk ke gaung.

“Tidak tahu sekiranya brek tangan dinaikkan atau tidak,” katanya.

Menerusi video tular yang memaparkan kejadian terbabit, dapat dilihat sebuah bas berwarna merah bergerak laju sebelum jatuh ke dalam gaung dan terbalik di dalam sungai.

Malah, kelihatan juga seorang lelaki yang dipercayai pemandu bas berlari laju dengan diikuti beberapa orang mengejar bas terbabit.

Difahamkan, penduduk yang melihat kejadian terbabit turut menghulurkan bantuan menyelamatkan mangsa yang terlibat.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply