Dua maut dalam kemalangan selepas van yang dinaiki mereka bertembung dengan treler.

Dalam kejadian di Kampung Batang Merbau di sini, jam 7.30 malam tadi, mangsa, Muhamad Isyhad Ismi, 20, dan Nur Farah Nabilah Che Hasan, 23, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata van yang dipandu Muhamadd Isyhad dari arah Jeli menghala ke Tanah Merah.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu dipercayai ingin memotong kenderaan lain sebelum berlanggar dengan treler yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan kenderaan berat itu terbalik di atas jalan.

“Pemandu dan penumpang van tersepit dalam kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta kepala dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Wanita M4ut Digilis Lori, Pemandu Lori Positif Dadah

Seorang wanita maut selepas digilis sebuah lori di Kilometer 11, Jalan Sg Lalang berhampiran Sekolah Kebangsaan Hulu Semenyih, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima aduan kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lori pada pukul 3.26 petang.

Katanya, motosikal yang ditunggang wanita tempatan berusia 56 tahun ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa yang cuba memotong di sebelah kiri lori telah bergesel dengan kenderaan tersebut lalu jatuh di atas jalan.

“Mangsa turut digilis oleh tayar belakang lori tersebut lalu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan mati di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Zaid, Ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamin.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini bolehlah menghubungi mana-mana Balai Polis yang berdekatan di daerah Kajang.

“Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Ispektor Isa Ahmad di talian 016-4436149 bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Sumber :KMN

Share.

Leave A Reply