Dua Orang M4ut Dirempuh Tesla | Dua orang maut dalam satu kemalangan ngeri di China dipercayai berpunca daripada masalah teknikal sebuah kenderaan keluaran Tesla Series Y.

Kenderaan itu yang dikatakan tidak berfungsi memecut laju ke laluan dari arah hadapan hingga mengakibatkan kemalangan di Guangdong, China, minggu lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu cuba memakir kereta selepas kereta itu berhenti di tepi jalan.

Dalam rakaman itu, kereta itu boleh dilihat secara tiba-tiba berpatah balik ke jalan raya sebelum memecut laju menyusuri jalan sempit itu.

Sebuah skuter dan penunggang basikal yang berada di jalan sama dirempuh, sebelum kereta itu turut merempuh kenderaan yang menghampiri dan sebuah kedai berhampiran.

Keluarga pemandu memberitahu media tempatan, lelaki berusia 55 tahun itu hilang kawalan ke atas kereta itu, dan tidak dapat bertindak balas apabila menekan pedal brek.

Polis juga mengesahkan, pemandu kenderaan itu yang dipercayai bekerja sebagai pemandu lori tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah ketika kejadian itu berlaku.

Dalam temu bual dengan media China, pemandu itu yang dikenal pasti dengan nama keluarganya Zhan berkata bahawa dia beranggapan kereta itu tidak berfungsi.

Pemandu itu menyatakan bahawa dia menekan butang untuk parkir tetapi tiba-tiba ia memecut laju.

Hal itu telah membuatkannya ‘berlumba’ di jalan raya dan walaupun cuba menekan brek berulang kali, ia tetap tidak berjaya.

Pemandu itu berkata lagi, berbekalkan pengalamannya sebagai seorang pemandu trak, pemandu itu tahu apa yang perlu dilakukan jika breknya gagal ketika di kawasan cerun, jadi selepas saya hilang kawalan kereta, saya segera mula mencari sesuatu halangan untuk merempuh bagi memberhentikan kereta itu.

Zhan berkata, dia merasakan pergerakan pada pedal brek tetapi ia tidak bertindak balas apabila dia menekan sepenuhnya alat itu.

Pengeluar kereta elektrik yang dimiliki Elon Musk, Tesla sejak itu bercanggah pendapat dengan pengalaman dialami Zhan.

Tesla menafikan bertanggungjawab ke atas nahas itu, namun pihaknya akan menyediakan sebarang bantuan diperlukan termasuk membantu siasatan polis.

Katanya, rakaman pengawasan menunjukkan lampu brek kenderaan itu kekal padam dan tiada percubaan dibuat Zhan untuk menekan brek.

Ini bukan kali pertama Tesla berdepan dakwaan perkakasannya menjadi punca kemalangan dengan sistem bantuan pemandu canggihnya seperti mod pandu auto disyaki menyebabkan lebih 37 perlanggaran dan 17 kematian sejak 2016.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Dua Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Kereta Tesla, ‘Tiada Pemandu’ Di Tempat Duduk

Dua Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Kereta Tesla, ‘Tiada Pemandu’ Di Tempat Duduk | Jenama kenderaan elektrik (EV), Tesla seakan menjadi fenomena baru dalam dunia automotif di Amerika Syarikat. Malangnya baerlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Tesla yang terbabas dan melanggar sebatang pokok sehingga menyebabkan 2 kematian di Texas, baru-baru ini.

Dua Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Kereta Tesla, 'Tiada Pemandu' Di Tempat Duduk

Dua Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Kereta Tesla, 'Tiada Pemandu' Di Tempat Duduk

Jurucakap polis Texas mengatakan,  Tesla jenis Model S 2019 tersebut dikatakan bergerak dengan kelajuan tinggi dan gagal untuk membelok di lingkungan lekukan jalan sehingga terbabas lalu melanggar sebatang pokok sehingga mengakibatkan kereta tersebut terbakar hangus. Siasatan mendapati tiada pemandu dilaporkan berada di tempat duduk pemandu ketika kejadian tersebut berlaku.

Mangsa kemalangan dikatakan kedua-duanya berusia 50-an dan sejurus polis berada di tempat kejadian, didapati mangsa-mangsa tersebut berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang kereta tersebut.

Pemilik Tesla, Elon Musk mendakwa, menurut data yang telah dipulihkan, setakat ini menunjukkan kenderaan tersebut tidak menggunakan futer autopilot pada kenderaan tersebut. Tambahnya lagi, autopilot standard memerlukan garis di lorong jalan untuk dihidupkan, dan bukan jalan seperti ini.

Tesla terkenal dengan futer ‘Autopilot’ dimana futer ini adalah sistem pemanduan canggih yang dikatakan oleh Tesla sebagai ‘pemanduan bersama meningkatkan keselamatan dan kemudahan di belakang roda’.

Sepanjang bulan lalu, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Nasional AS telah membuka kertas siasatan dan mendapati terdapat 27 kes kemalangan melibatkan kereta berjenama Tesla. Beberapa kemalangan melibatkan kebakaran pada kereta jenis Tesla Model S turut dilaporkan iaitu pada tahun 2016, sebuah kereta yang dipandu pengarah Tv Britain, Michael Morris telah terbakar serta pada tahun 2013 melibatkan kereta jenis Tesla Model S Perancis.

Kereta kemalangan terseut dilaporkan rosak teruk akibat kebakaran dan kes kini masih disiasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Sumber: BBC News

Share.

Leave A Reply