Perjalanan dua lelaki masing-masing pegawai dan anggota tentera ke Port Dickson, Negeri Sembilan bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata kejadian jam 3.20 petang membabitkan Proton Persona dan lori.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berpangkat Leftenan Kolonel dan Lans Koperal yang berkhidmat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah dalam perjalanan dari Lumut, Perak.
“Ketika kejadian, sebuah lori jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 35 tahun dipercayai baru selesai menjalankan kerja pembersihan jalan di kawasan tersebut.
“Pemandu lori kemudian memandu dalam keadaan mengundur untuk mengutip kon selepas kerja pembersihan.
“Pada waktu itu, kereta dinaiki dua mangsa masing-masing berusia 28 dan 49 tahun dari arah Sabak Bernam ke Klang gagal mengelak lalu melanggar belakang lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Agus Salim berkata, kemalangan mengakibatkan mangsa masing-masing pemandu dan penumpang belakang maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
“Permukaan jalan empat lorong dua hala berkenaan kering dan cuaca juga tidak hujan,” katanya.
Sumber : BH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Van Rempuh Kedai Runcit, Pemandu Lelaki M4ut Tersepit
PARIT BUNTAR: Seorang lelaki maut setelah van yang dipandunya dipercayai merempuh sebuah kedai runcit di Kampung Simpang 5, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa dikenali sebagai Ezrul Azmi, 33 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian.
“Anggota bomba terima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8 pagi. Seterusnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van pekerja yang telah melanggar sebuah kedai runcit, menyebabkan seorang mangsa iaitu pemandu, tersepit,” katanya kepada pemberita hari ini.