Dua maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Karangan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira yang merupakan lelaki berusia 22 tahun dan seorang penumpang wanita meninggal dunia di lokasi kejadian.

Identiti penumpang wanita berusia lingkungan 20-an terbabit masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, hasil siasatan mendapati kereta dinaiki dua mangsa itu dalam perjalanan dari arah Sungai Kob menghala ke Mahang di sini.

Katanya, sebuah lori kargo am dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun pula datang dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa disyaki masuk ke laluan bertentangan selepas melalui satu selekoh sebelum melanggar bucu hadapan sebelah kanan lori yang bergerak di laluannya.

“Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian,” katanya  di sini hari ini.

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Warga Emas M4ut Dirempuh Kereta Ketika Jalan Kaki

ALOR GAJAH – Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki di Jalan Ayer Molek- Paya Lebar di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu,  mangsa, Kamarudin Md. Jali, 62,  yang bekerja di sebuah kilang ayam dipercayai sedang berjalan kaki ke hentian bas berhampiran, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Iswara dari arah Paya Lebar- Lubok China ke Kuala Sungai Baru telah terbabas ke bahu jalan.

“Ketika melalui kawasan berselekoh, kereta tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan. Kereta dipandu lelaki berusia 57 tahun itu tidak sempat mengelak mangsa dan telah merempuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply