Dua maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Elgrand di Kilometer 123 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian melibatkan tiga kenderaan itu ialah pemandu Perodua Viva, Muhammad Aidil Adha Nazri, 23, dan penumpang belakang Bosiah Abdullah, 62.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah lori, kereta Perodua Viva dan sebuah MPV.

“Semasa kejadian, MPV yang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan telah terbabas ke lorong bertentangan dan melanggar lori yang datang dari arah bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva di belakang lori berkenaan.

“Akibat kejadian penumpang belakang Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta berkenaan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di hospital,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan rata dan semasa kejadian cuaca baik serta permukaan jalan kering.

 

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Tiga Orang M4ut Termasuk Bayi Tercampak Keluar Dari Kereta

Tiga maut, manakala dua lagi cedera akibat kemalangan jalan raya di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, Sitiawan, Seri Manjung, dekat sini, semalam.

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terlibat kemalangan di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun. FOTO Ihsan JBPM

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Azizi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.13 malam.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Katanya, suami isteri masing-masing berusia 33 dan 32 tahun dalam keadaan tersepit di dalam kereta, manakala seorang bayi berusia dua tahun tercampak ke luar dari kenderaan sama.

May be an image of fire and road

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat khas.

“Ketiga-tiganya disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Dua orang lagi mangsa yang cedera (dari SUV berkenaan) diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

May be an image of outdoors

“Punca kemalangan masih dalam siasatan kerana tiada saksi di tempat kejadian, namun pihak kami percaya kedua-dua kereta bertembung,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, kemalangan juga mengakibatkan SUV itu terbakar 80 peratus.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.35 malam dan dipadam sepenuhnya pada 11.45 malam.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.32 pagi.

May be an image of 1 person and outdoors

 

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply