Dua Pemancing Ditemui Lemas Selepas Hilang Di Jeti

| September 22, 2021 | 0 Comments

Dua Pemancing Ditemui Lemas Selepas Hilang Di Jeti | Berlaku satu kejadian berikutan dua orang pemancing yang dilaporkan hilang di jeti ketika keluar memancing di Jeti Mados Kampung Air Putih di sini, telah ditemui lemas, baru-baru ini.

Dua Pemancing Ditemui Lemas Selepas Hilang Di Jeti

Menurut Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed, pihak pasukan penyelamat menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.47 malam semalam sebelum menghantar 11 anggota ke lokasi.

Jelasnya, mangsa pertama yang dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50, ditemui kira-kira 5 kilometer dari lokasi bot mangsa ditemui pada jam 7.10 pagi oleh nelayan manakala mangsa kedua, Amirrudin Abdul Malik, 53, pula ditemui oleh nelayan pada jam 8.04 pagi pada jarak 200 meter dari lokasi bot mangsa.

Mayat kedua-dua mangsa dilaporkan telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk tindakan lanjut.

Tambahnya lagi,  pihak bomba telah membuat ‘surface searching’ dibantu 11 anggota dari pasukan Polis Marin dan tujuh anggota dari PDRM serta dibantu 8 anggota dari Unit PPDA JBPM Johor.

Operasi Penyelaman juga telah dilakukan pada 100 kaki radius dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Al Hasra dalam satu kenyataan melalui laporan Awani  menyebut bahawa makluman awal mendapati, edua-dua mangsa dipercayai sedang memancing ketika kejadian dan dipercayai lemas selepas hanya bot mereka sahaja ditemui daripada jeti dianggarkan 400 meter dengan kedalaman air 15 meter.

Kejadian ini juga dikhabarkan telah disedari oleh seorang pekerja korek pasir yang berada berhampiran lokasi mangsa dipercayai lemas selepas melihat kedua-dua mangsa sedang memancing.

Setelah itu, saksi menyatakan bahawa selang beberapa minit saksi mendengar suara jeritan meminta tolong berhampiran bot mangsa dan kemudiannya mangsa hilang dari pandangan.

Operasi dikatakan tamat jam 9.30 pagi tadi.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *