Dua Rakan Maut Dipanah Petir Ketika Memancing

| April 25, 2021 | 0 Comments

Dua Rakan Maut Dipanah Petir Ketika Memancing | Keseronokan lima sahabat yang pergi memancing di sebuah kolam berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut di panah petir. Kegembiraan yang pada mulanya disangka indah justeru berakhir dengan kejadian meragut nyawa ini seringkali berlaku dan tidak dapat dielakkan.

Dua Rakan Maut Dipanah Petir Ketika Memancing

Temerloh: Dalam sekelip mata sahaja kejadian yang berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya maut di panah petir ini berlaku di Kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, Lanchang, di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 3.30 petang itu telah meragut nyawa kedua-dua mangsa iaitu Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20, dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27. Dalam pada itu, terdapat tiga lagi rakannya pergi memancing di kolam berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari.

Mohd Yusri berkata, keseronokan yang berakhir dengan tragedi itu dikhabarkan bermula apabila dua mangsa berkenaan sedang berteduh di bawah pokok di tepi kolam akibat hujan lebat dan disusuli petir. Dalam pada itu, seorang rakan mangsa kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mengambil telefon bimbit yang tertinggal.

“Ketika dua orang rakan lagi berkemas untuk pulang, tiba-tiba mereka melihat kedua-dua mangsa yang berteduh di bawah pokok rebah dan dipercayai pengsan,” katanya kepada Kosmo hari ini.

Katanya lagi, rakan mangsa kemudiannya membawa mereka ke Klinik Lanchang untuk diperiksa. Namun yang lebih hiba lagi, kedua-dua mangsa tersebut telah disahkan meninggal dunia sejurus sahaja mereka tiba di klinik itu.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *