Lebuh Raya utara selatan( PLUS) pagi tadi, dilaporkan motosikal yang ditunggang dua remaja lelaki bergesel sesama sendiri di kilometer 111.3 menyebabkan dua remaja lelaki kemalangan hingga maut.

Kemalangan Maut Menyebabkan Empat Motosikal

Dalam nahas membabitkan empat motosikal kira-kira jam 1 pagi itu, kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 16 dan 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata siasatan mendapati ketika kejadian empat penunggang motosikal dalam perjalanan dari Sungai Petani menghala ke Butterworth.

Hasil siasatan lanjut, kita mendapati semua mereka menunggang motosikal dengan laju dalam jarak dekat sebelum hilang kawalan dan bergesel sesama sendiri.

Beliau berkata, ia menyebabkan motosikal ditunggang mangsa terbabas di tengah lebuh raya dan dua daripada mereka meninggal dunia di lokasi.

Dua lagi mangsa berusia 18 dan 19 tahun masing-masing parah dan cedera ringan masih mendapatkan rawatan di zon kuning dan hijau Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Jelasnya lagi, siasatan di lokasi mendapati ketika kejadian cuaca baik dengan jalan lurus tanpa lampu dan mempunyai dua lorong.

Mayat dibawa ke unit forensik HSAH untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply