Dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, semalam.

Dalam kejadian terbabit, penunggang motosikal yang dikenali Mimi Nurwaheeda, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal, Nur Nabila ,19, beralamat Subang Jaya, Selangor, meninggal dunia di Hospital Slim River.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan terbabit jam 11.18 semalam.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati ketika kemalangan, kedua-dua mangsa menaiki Yamaha Lagenda 115Z dan dipercayai dalam perjalanan dari Ulu Bernam ke Slim River.

“Tiba di tempat kejadian, disyaki sebuah lori membuat pusingan U menyebabkan motosikal dinaiki oleh kedua-dua mangsa terbabit tidak dapat mengelak dan melanggar lori berkenaan.

“Akibatnya, penunggang motosikal yang beralamat di Hulu Bernam, Selangor digilis oleh lori terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Hasni berkata, pembonceng motosikal yang beralamat Subang Jaya, Selangor pula meninggal dunia di Hospital Slim River.

Katanya lagi, polis sedang membuat siasatan lanjut bagi mengesan pemandu lori terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : BH

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Motosikal Rempuh Belakang Lori, Penuntut Pusat Latihan Teknologi Tinggi M4ut

Sungai Petani : Seorang penuntut sebuah pusat latihan teknologi tinggi di Terengganu meninggal dunia selepas motosikal Honda RS150 ditunggang merempuh belakang lori di Kilometer 103.4, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di sini, jam 5.30 petang semalam.

Mangsa, Mohamad Farhan Azhar, 22, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati, lori Rigid Daihatsu terbabit dan motosikal berkenaan bergerak dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara menghala ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan.

“Lori yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu bergerak di lorong kiri manakala motosikal berkenaan pula di lorong kecemasan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal itu, dipercayai ditunggang dengan laju, hilang kawalan sebelum termasuk ke kanan jalan dan merempuh belakang lori.

“Akibatnya, mangsa cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya pada kenyataan hari ini.

Pemandu lori terbabit pula selamat. Mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply