Duit Bekas Menteri Hilang. Ini Tindakan Sedang Dilakukan Oleh SPRM

| March 30, 2020 | 0 Comments

Duit Bekas Menteri Hilang. Ini Tindakan Sedang Dilakukan Oleh SPRM | Ekoran kes kehilangan wang berjumlah sekurang-kurangnya RM250,000 di kediaman bekas menteri. Ini tindakan dilakukan oleh SPRM berhubung kes berkenaan. Baca selanjutnya..

SPRM Buka Kertas Siasatan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kertas siasatan berkenaan dibuka susulan aduan berhubung pemilikan wang itu.

“SPRM menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan oleh media semalam.

ARTIKEL BERKAITANDuit RM250K Lesap, Ini Komen Syed Saddiq Yang Ditunggu Ramai.

ARTIKEL BERKAITAN : Kes Curi RM250K. Enam Individu Dipanggil Bantu Siasatan

“Siasatan terhadap aduan itu akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009,” katanya, di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam media melaporkan, seorang bekas menteri terpaksa berputih mata, apabila wang tunai RM250,000 yang disimpan dalam peti besi simpanan di kediamannya dekat Petaling Jaya disedari hilang.

Kehilangan wang itu disedari oleh Ahli Parlimen terbabit kira-kira 7 malam ketika memeriksa peti besi simpanan berkenaan.

Susulan kejadian itu, siasatan polis membawa kepada penahanan wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah di kediaman mangsa, kelmarin.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *