Ejen Insuran Dipenjara, Liwat & Rakam Video Porno Remaja Lelaki | Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan kepada seorang ejen insurans setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan terhadap seorang remaja lelaki pada tahun 2019 iaitu melakukan amang seksual fizikal dan merakam video pornografi.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh Ahmad Jalaludeen Rahumathulla telah memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai wanita melalui media sosial untuk berkenalan dengan remaja tersebut. Tertuduh kemudian mula menyuruh mangsa untuk berkongsi gambar bogel miliknya dan mengugut untuk menyebarkan gambar berkenaan.

Putar belit tertuduh tidak habis di situ, dia malah menyamar pula sebagai individu lain yang kononnya berpura-pura hendak membantu mangsa bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan membawa remaja itu pulang ke rumahnya.

Semasa pertemuan, tertuduh telah melakukan amang seksual, meliwat dan melakukan onani terhadap mangsa. Lebih parah lagi, dia merakam aksi tidak senonoh itu kemudian menyebarkannya kepada rakan mangsa di media sosial.

Perbuatan jijik lelaki itu terbongkar akhirnya apabila rakan mangsa menonton video tersebut dan memaklumkan kepada pihak sekolah.

Pertuduhan pertama, tertuduh berusia 36 tahun itu didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun dan merupakan pelajar sekolah menengah.

Seterusnya, bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal sekali lagi serta membuat rakaman pornografi mangsa. Kesemua kesalahan berlaku di rumah tertuduh di daerah Georgetown, Pulau Pinang sekitar bulan Disember 2019.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan melakukan amang seksual fizikal.

Manakala bagi kesalahan melakukan rakaman pornografi pula, dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Mazdi Abdul Hamid memerintahkan tertuduh supaya menjalani hukuman berkuat kuasa serta merta dan tidak membenarkan penangguhan hukuman. Pendakwaan kes dikenadalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aimy Zainul Anwar manakala tertuduh diwakili peguam, V. Parthipan.

Sumber: Oh Bulan

 

Artikel Lain

Tukang Masak Dihukum 10 Sebatan, Rog0l & Miliki Gambar Lucah Remeja

Seorang tukang masak warga Thailand dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang remaja yang juga rakan sekerjanya selain memiliki gambar lucahnya pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Ilham Wedue-Oh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol remaja berusia tahun 15 tahun di tempat rehat pekerja di sebuah kedai makan di di sini pada Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, Ilham turut didakwa terbabit dalam penghasilan pornografi kanak-kanak dengan mangsa yang sama menggunakan telefon bimbit di lokasi dan tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa tidak memiliki pas perjalanan yang sah bagi memasuki Malaysia di lokasi yang sama kira-kira pukul 8.30 malam pada 4 Januari lalu.

Ilham didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya atau tidak lebih enam sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ilham dalam rayuannya memohon mahkamah agar mengurangkan hukuman terhadapnya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan bagi pertuduhan rogol manakala penjara 15 tahun dan enam sebatan bagi penghasilan pornografi.

Selain itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap tertuduh untuk pertuduhan tidak memiliki pas perjalanan yang sah.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara bagi kesemua pertuduhan berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 4 Januari lalu.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply