Elak Dari Dipenjara.. Suami Palsukan Kematian Isteri

| April 7, 2021 | 0 Comments

Elak Dari Dipenjara.. Suami Palsukan Kematian Isteri | Taktik licik sepasang suami isteri untuk elak dari dipenjarakan dengan memalsukan kematian jatuh tebing akhirnya terbongkar. Baca selanjutnya..

SEMBUNYI DALAM ALMARI

Charleston, Virginia Barat – Seorang lelaki di negeri Virginia Barat, Amerika Syarikat dihukum penjara lapan bulan selepas mengaku bersubahat memalsukan kematian isterinya bagi mengelakkan wanita itu dipenjarakan, lapor akhbar Daily Star hari ini.

Rodney Wheeler yang menjalani hukuman itu kelmarin memberitahu polis sebelum ini bahawa isterinya, Julie Wheeler dikhuatiri mati selepas terjatuh dari sebuah tebing ketika dia mencari anting-antingnya pada 31 Mei 2020.

Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat selama dua hari di sekitar Taman Negara New River Gorge melibatkan beratus-ratus petugas kecemasan dan sukarelawan.

Dalam masa dua hari tersebut, Rodney berpura-pura memuat naik status di Facebook memohon agar Julie pulang dengan selamat.

“Saya menerima banyak mesej peribadi, jadi saya berasa terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. Kemalangan di Grandview itu melibatkan isteri saya.

“Mereka (pasukan penyelamat) masih belum menemuinya namun, saya berharap agar dia dijumpai dan dalam keadaan yang baik.

“Saya berasa kecewa dan buntu pada masa ini, namun saya perlu terus yakin. Tolong beri kami masa untuk menyelesaikan perkara ini dan tolong berdoa untuk kami,” tulis Rodney di akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun, taktik licik suami isteri itu terbongkar apabila akhirnya polis menjumpai Julie bersembunyi di dalam almari di rumah mereka.

Sebelum itu, Julie dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan bagi satu kesalahan penipuan penjagaan kesihatan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *