Elak Ditangkap Polis, Lelaki Terjun Bangunan Tingkat 3 |  Seorang penganggur nyaris maut selepas dia nekad untuk terjun dari ruangan tangga di tingkat tiga sebuah bangunan di Taman Seri Janggus, Alma, Bukit Mertajam ketika cuba melarikan diri daripada polis hari ini.

Elak Ditangkap Polis, Lelaki Terjun Bangunan Tingkat 3

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, lelaki berusia 26 tahun tersebut bernasib baik apabila dia terjatuh di atas piring satelit televisyen di tingkat dua sebelum terhempas ke atas lantai di aras bawah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, suspek sebelum itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika polis pergi ke kawasan itu selepas menerima aduan berkaitan aktiviti penagihan dadah.

Beliau berkata, akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami patah pinggang dan dia telah dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam.

Hasil pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas suspek menjumpai empat plastik berisi dadah disyaki syabu seberaat 5.3 gram yang bernilai RM530.

Jelasnya, suspek yang memliki 14 rekod jenayah lampau termasuk enam berkaitan dadah itu bagaimanapun negatif ujian saringan air kencing.

Tambahnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply