Empat Jari Pekerja Kilang Hancur Tersepit Mesin Pengisar

| January 31, 2021 | 0 Comments

Empat Jari Pekerja Kilang Hancur Tersepit Mesin Pengisar | Georgetown: Empat jari tangan kanan seorang pekerja kilang di Hilir Paya Terubong, Taman Relau Jaya di sini, hancur selepas tersepit pada mesin pengisar daging, hari ini.

jari hancur

Lelaki berusia 20 tahun itu kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang membantu mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Noor Zahidi Ahad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.33 petang.

Katanya, kerja menyelamat mangsa membabitkan sembilan anggota dari balai berkenaan.

“Anggota bomba mengambil masa selama 10 minit bagi mengeluarkan jari mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Keempat-empat jarinya hancur dan hanya jari kelingking sahaja yang dapat diselamatkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *