Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan, 10 Dilaporkan Cedera

| September 27, 2020 | 0 Comments

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan, 10 Dilaporkan Cedera | Kuala Lumpur: Seramai 10 individu cedera selepas sebuah lori, kereta dan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit dalam kemalangan berhampiran Taman Pudu Hulu, Lebuhraya Sungai Besi, di sini, hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohd Rozi Jusoh berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan jam 2.08 petang.

Menurutnya, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu bersama jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan lori, sebuah kereta dan dua MPV.

“Mangsa seorang pemandu lori yang berada dalam keadaan separa sedar berjaya dikeluarkan anggota bomba manakala penumpang dan pemandu kereta serta MPV mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rozi berkata, mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk menerima rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.44 petang.

Sumber : Hmetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *