Empat [email protected] Dalam Nahas Pertembungan Helikopter | Empat orang dilapor terkorban dalam nahas pertembungan di udara antara dua helikopter berhampiran Sea World di Gold Coast, Australia kira-kira pukul 2 petang baru-baru ini.

Dua Helikopter Bertembung

Susulan daripada itu, pihak polis Queensland berkata siasatan awal menunjukkan nahas tersebut berlaku apabila sebuah helikopter sedang melakukan pendaratan manakala sebuah lagi sedang berlepas.

Difahamkan kesemua yang terkorban berada dalam satu helikopter yang sama sementara tiga penumpang lain berada dalam keadaan kritikal.

Menurut sumber, dua warga UK adalah antara yang terbunuh dalam nahas tersebut.

Tambah mereka, pegawai (pihak bertanggungjawab) akan berhubung terus dengan keluarga mangsa dan pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, lima daripada enam orang di dalam pesawat yang sama telah melakukan pendaratan cemas dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Anthony Albanese yang maklum nahas berkenaan mengesahkan negaranya telah dikejutkan dengan insiden yang mengerikan dan tragis.

“Fikiran saya tertumpu kepada semua yang terjejas termasuk responden pertama dan turut bersimpati atas mereka yang sedang berduka,” katanya.

Bagaimanapun, Biro Keselamatam Australia (ATSB) sedang menyiasat punca pelanggaran yang berlaku tersebut.

Turut dilaporkan kedua-dua pesawat jatuh berhampiran di kawasan pelancongan yang dikenali sebagai Pantai Utama, kira-kira 75 kilometer (km) di selatan Brisbane.

Sehubungan itu, jurucakap Perkhidmatan Polis Queensland, Garry Worrell berkata, ia adalah kawasan (tempat kejadian) yang ‘sukar’ kerana terletak di tebing pantai.

Malah untuk mendapatkan perkhidmatan kecemasan dengan pantas bagi menguruskan insiden itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Kesan daripada rempuhan tersebut menyebabkan serpihan bertaburan di sekitar kawasan itu dan sebuah helikopter yang remuk berada dalam keadaan terbalik yang bertentang dengan resort Sea World.

Menurut Worrell, ketika kejadian orang awam bersama pihak polis juga telah cuba mengeluarkan penumpang dari helikopter dan melakukan pertolongan cemas kepada mangsa yang tercedera.

Menurut BBC, pusat peranginan itu menawarkan helikopter persiaran untuk para pelancong serta menjalankan operasi sewa yang lain.

Dalam kesempatan itu, pemilik tempat peranginan tersebut turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terjejas dan berkata bahawa helikopter tersebut adalah pengendalian bebas.

Susulan daripada itu, Ketua Pesuruhjaya ATSB Angus Mitchell meminta saksi yang melihat perlanggaran tersebut untuk menghubungi pihak penyiasat.

Tambahnya, laporan awal akan didedahkan dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang dengan laporan awal akan menyusul sebaik sahaja siasatan selesai.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Helikopter Bertembung: Empat Terbunuh, Tiga Cedera Parah

Helikopter Bertembung: Empat Terbunuh, Tiga Cedera Parah | EMPAT penumpang terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah dalam nahas dua buah helikopter bertembung di Gold Coast, Selatan Brisbane, Australia pada Isnin.

Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast

Menurut laporan agensi antarabangsa, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang waktu tempatan di lokasi pelancongan itu.

Siasatan awal mendapati bahawa kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort.

Difahamkan, ketika kejadian tersebut kira-kira 13 penumpang menaiki kedua-dua buah helikopter berkenaan.

Enam penumpang lain telah mengalami kecederaan ringan termasuk luka akibat terkena serpihan kaca dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Menurut Angus Mitchell, iaitu Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian itu.

Pegawai penyiasat ATSB dari Brisbane dan Canberra telah dikerahkan ke lokasi kejadian itu untuk menjalankan siasatan terperinci.

Laporan awal hasil siasatan dijangka akan dikeluarkan dalam tempoh enam hingga lapan minggu lagi.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply