Empat Terbvnuh Dalam Majlis Perkahwinan | Daripada satu pergaduhan, sekurang-kurangnya empat orang maut dan empat lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh tetamu majlis perkahwinan di Sepanyol.

Seorang jurucakap pihak berkuasa menyatakan bahawa pihak polis menahan tiga suspek dan memburu suspek keempat berhubung insiden berdarah itu.

Pergaduhan tercetus awal pagi di hadapan sebuah restoran yang menganjurkan majlis perkahwinan di Torrejon de Ardoz, kira-kira 25 kilometer ke timur laut Madrid.

Selepas pergaduhan berlaku, sebuah kereta merempuh tetamu majlis sebelum memecut meninggalkan tempat kejadian.

Carlos Polo, ketua perkhidmatan kecemasan Madrid berkata, apabila tiba di tempat kejadian, mereka mendapati empat orang telah meninggal dunia akibat patah tulang.

Carlos bertambah lagi, empat mangsa yang parah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Polis pula menyatakan bahawa kenderaan yang disyaki digunakan dalam serangan itu dikesan 50 kilometer dari lokasi kejadian dan tiga penumpangnya ditahan.

Media tempatan mengenal pasti ketiga-tiga suspek sebagai seorang bapa dan dua anaknya.

Polis berkata, mereka masih mengesan suspek keempat yang didakwa terlibat sama.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply