Enam Termasuk Bayi 6 Bulan, [email protected] Ditembak | Bayi berusia enam bulan dan ibunya antara yang maut ditembak di California, lapor Agensi Anadolu. Syerif Daerah Tulare Mike Boudreaux memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa kejadian berlaku kira-kira 3.30 pagi waktu tempatan, di pusat bandar Goshen.

PENYIASAT di lokasi kejadian tembakan berkenaan. FOTO AP

Beliau berkata, mangsa yang maut termasuk bayi, ibunya berusia 17 tahun dan seorang wanita tua.

Boudreaux juga berkata ramai mangsa ditembak di kepala, termasuk bayi malang itu.

Pihak berkuasa percaya ibu bayi berkenaan dan anaknya ditembak ketika cuba melarikan diri susulan penemuan mayat dalam parit di luar rumah mereka.

Boudreaux menyatakan bahawa sementara itu, mangsa seorang wanita tua “ditembak ketika sedang tidur.

Seorang lagi mangsa ditemukan masih hidup, tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat cedera parah.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

3 [email protected], 4 cedera Dalam Insiden Tembakan Di Kedai Kopi

3 [email protected], 4 cedera Dalam Insiden Tembakan Di Kedai Kopi | Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala empat lagi cedera apabila seorang lelaki berusia 57 tahun menyerbu masuk ke sebuah kedai kopi di utara Rom dan melepaskan tembakan pada Ahad.

Tiga maut, empat cedera insiden tembakan di kedai kopi

Menurut laporan media, lelaki itu dilaporkan mempunyai sejarah pertikaian dengan beberapa ahli lembaga pengarah.

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni mengesahkan bahawa seorang daripada mangsa ialah Nicoletta Golisano, rakannya.

Menurut hantaran Meloni di media sosial, beliau harap keadilan akan dilaksanakan.

Laporan media mendedahkan bahawa penembak yang tinggal di tingkat bawah tanah telah menghantar beberapa aduan terperinci mengenai lembaga kondominium itu.

Menurut catatan Meloni di media sosial, suspek telah dinafikan permit untuk membeli pistol sebaliknya, dia menggunakan pistol yang disewa dari padang tembak.

Premis berkenaan telah ditutup dan siasatan sedang dijalankan.

Datuk Bandar Rom Roberto Gualtieri mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin selepas menyifatkan kejadian itu sebagai “episod keganasan yang teruk melanda bandar itu”.

Akses kepada senjata api dihadkan di Itali dan kejadian tembakan besar-besaran jarang berlaku.

Sumber: Astro Awani

 

Kanak-Kanak 6 tahun Ditahan Tembak Guru Dalam Kelas

VIRGINIA: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditahan polis selepas dia didakwa dengan sengaja menembak guru darjah satu di sekolah rendahnya sehingga berada dalam kritikal.

Menurut laporan DailyMail.com, kejadian itu berlaku pada pukul 2 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Polis Newport News menahan murid berkenaan dan dia berada di bawah jagaan mereka selain identitinya tidak didedahkan kepada umum.

Guru wanita yang belum dikenal pasti itu berusia 30-an dilaporkan ditembak di bahagian perut serta dibawa ke Pusat Perubatan Wilayah Riverside.

Ketua Polis Newport News , Scott Drew berkata, suspek yang ditahan itu merupakan kanak-kanak berusia enam tahun dan sekarang di bawah jagaan polis.

“Ini bukan satu kejadian tembakan tidak sengaja,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Katanya, kejadian itu berlaku di dalam kelas dan satu pertengkaran berlaku.

“Suspek tidak melakukan tembakan di sekitar sekolah. Tetapi membuat tembakan di kawasan tertentu (dalam kelas),” katanya.

Insiden itu berlaku di Sekolah Rendah Richneck, sebuah sekolah untuk kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun.

Tiada kanak-kanak lain terlibat atau cedera dan polis kini berusaha untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak itu mempunyai akses kepada pistol.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply