Enggan Letak Senjata.. Budak 10 Tahun Direnjat 50,000 Voltan Elektrik | Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikatakan menjadi individu termuda ditembak senjata renjat oleh pihak polis baru-baru ini, Puncanya memang tidak patut. Baca selanjutnya..

ANCAM KESELAMATAN IBU

London –  Menurut laporan, pegawai polis merenjat kanak-kanak itu dengan 50,000 voltan elektrik menggunakan senjata renjat di rumahnya sendiri.

Pihak berkuasa terdahulu tiba di kediamannya selepas menerima laporan bahawa kanak-kanak perempuan tersebut sedang mengancam keselamatan ibunya menggunakan pemotong dahan dan penukul.

Satu sumber berkata: “Pihak polis berhadapan dengan kanak-kanak yang memegang senjata dan berada dalam keadaan gelisah.

“Seorang anggota polis menjerit kepada kanak-kanak itu agar meletakkan senjata dan apabila ia tidak dipatuhi, dia direnjat,” katanya.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aduan telah dilakukan berkenaan insiden tersebut dan ia kini sedang disiasat pihak berkuasa.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply