Feri Yang Tenggelam Kini Terapung Kembali | Beberapa hari sebelum ini telah dilaporkan berkenaan feri ikonik kebanggaan Pulau Pinang berada dalam keadaan separa tenggelam setelah lama tidak beroperasi. Feri itu tenggelam kerana air memasuki lubang serta memenuhi ruang enjinnya, namun kini feri itu telah berjaya diapungkan semula.

Feri Yang Tenggelam Kini Terapung Kembali

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata feri ikonik itu diapungkan semula kira-kira jam 10 malam tadi. Pasukan pembaikan akan terus memantau dan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas feri itu untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.

Feri berkenaan akan ditempatkan di Tanjung City Marina sebaik sahaja selesai kerja pembaikan dan akan dijadikan sebagai muzium terapung. Teik Cheng sekali gus mengucapkan terima kasih kepada pasukan terbabit atas usaha pembaikan dilakukan dan tindakan profesionalisme mereka melalui posting di Facebook beliau.

Beberapa gambar menunjukkan Feri Pulau Pinang yang berkeadaan separa tenggelam, tular dalam media sosial pada sabtu lalu. Keadaan itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap nasib feri ikonik yang kaya dengan nilai warisan itu.

Terdapat beberapa lubang pada feri telah berusia itu yang kini berlabuh di limbungan Bagan Dalam, Butterworth telah dilaporkan oleh media sebelum ini. Kerosakan itu menyebabkan air masuk serta memenuhi ruang enjinnya. air masuk serta memenuhi ruang enjinnya.

Feri Pulau Pinang yang sudah berusia itu tidak lagi beroperasi sejak akhir 2019. Berikutan ketiadaan alat ganti dan enjinnya tidak lagi dapat dibaiki, feri berkenaan dihantar ke limbungan pada 27 November 2019.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply