Filipina: Ribut Megi Ragut Ribuan Nyawa. Angka korban insiden tanah runtuh dan banjir di Filipina yang dicetuskan oleh ribut Megi meningkat saban hari. Baca selanjutnya.

ABUYOG: Angka korban insiden tanah runtuh dan banjir di Filipina yang dicetuskan oleh ribut Megi meningkat kepada 115 orang hari ini.

Pihak berkuasa memaklumkan, lebih banyak mayat mangsa ditemukan di beberapa perkampungan yang dilanda banjir lumpur.

Sejumlah lagi hilang dan dikhuatiri maut selepas ribut terkuat itu menyebabkan hujan lebat selama beberapa hari, menyebabkan penduduk berpindah ke pusat perlindungan.

Di tengah wilayah Leyte, iaitu kawasan paling teruk terjejas akibat Megi menyaksikan banyak rumah menyembah bumi selepas dilanda banjir lumpur.

Pasukan kecemasan menemukan sekurang-kurangnya 26 mayat mangsa dan 150 lagi dilaporkan hilang.

Menurut penduduk setempat, kbanyakan penduduk yang terkorban adalah mereka yang mendaki kawasan gunung untuk mengelak daripada banjir.

Ribut Megi membadai empat bulan selepas taufan super ‘meranapkan’ negara ini, menyebabkan lebih 400 mati dan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Sumber: UTUSAN

Share.

Leave A Reply