Gadis Nekad Terjun Jambatan Cuba Bunuh Diri Gagal

| November 25, 2020 | 0 Comments

Gadis Nekad Terjun Jambatan Cuba Bunuh Diri Gagal | Kota Kinabalu – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diselamatkan sepasukan bomba selepas nekad terjun dari besi saluran paip berhampiran Jambatan Sungai Sembulan petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, gadis berkenaan yang tinggal di Kampung Sembulan Lama cuba membunuh diri dengan terjun dari besi saluran paip berkenaan ekoran dipercayai tertekan dengan masalah keluarga.

Orang awam yang menyedari kejadian itu menghubungi pihak berkuasa sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu tiba di lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Sejurus tiba, anggota bomba bertugas cuba memujuk mangsa agar turun dari saluran paip besi terbabit namun gadis itu nekad terjun ke sungai.

Bagaimanapun, beberapa anggota bomba yang sudah bersedia di sungai berkenaan berjaya menyelamatkan gadis berkenaan daripada lemas.

Pegawai Operasi BBP Kota Kinabalu, Jamaludin Hussin berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.46 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi dilaporkan bersama seramai 15 anggota dengan sebuah jentera, EMRS dan dua kenderaan utiliti.

“Sepasukan anggota cuba memujuk gadis yang berdiri di besi saluran paip terbabit manakala satu lagi pasukan bersedia di bawa sungai berkenaan.

“Selepas hampir lima minit memujuk, gadis itu bertindak mekad dengan terjun ke sungai tetapi pasukan bomba yang berada di sungai berjaya menyelamatkan mangsa.

“Remaja perempuan itu kemudiannya dibawa ke darat sebelum ditenangkan dan diberikan rawatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

Sementara itu, Jamaludin berkata gadis terbabit seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) dengan kebenaran pasukan polis untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Kosmo

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *