(Video) Gadis Tunjuk Lagak Lakukan Aksi ‘Wheelie’ Ditahan | Telah tular satu rakaman video di media sosial yang menunjukkan seorang gadis telah melakukan satu aksi lagak ngeri mengangkat tayar hadapan iaitu ‘wheelie’ ketika menunggang sebuah motosikal. Disamping itu terdapat seorang lelaki yang membonceng di belakangnya.

(Video) Gadis Tunjuk Lagak Lakukan Aksi 'Wheelie' Ditahan

Tindakan mereka itu telah menerima padah apabila telah ditahan oleh pihak polis di Taman Pantai. Didapati aksi berbahaya yang berdurasi selama 31 saat itu berlaku pada 10 Mei 2021 di Jalan Dato Syed Esa, Batu Pahat. Pada jam 4.45 petang jumaat lalu, polis menahan seorang gadis berusia 21 tahun dan remaja lelaki berumur 16 tahun yang dipercayai terbabit melakukan aksi berkenaan.

Tangkapan itu dilakukan di rumah masing-masing dekat Jalan Pantai, Batu Pahat dan motosikal yang digunakan mereka turut disita. Kedua-dua tangkapan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan lengkap diambil.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) (Pindaan 2020). Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dihukum dengan penjara tidak lebih lima tahun dan denda minimum RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Sumber: Berita Harian, BHTv

Share.

Leave A Reply