Gaduh Dengan Kekasih, Gadis Cuba Bunuh Diri

| January 19, 2021 | 0 Comments

Gaduh Dengan Kekasih, Gadis Cuba Bunuh Diri | Petaling Jaya- Sepasang suami isteri berhadapan detik cemas apabila menyaksikan anak perempuan mereka cuba membunuh diri awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pasangan suami isteri itu terjaga dari tidur pukul 4.30 pagi dan mendapati anak perempuan mereka berusia 26 tahun di luar rumah dan berada di atas sengkuap (awning) tingkat dua sebuah pangsapuri di Selayang Heights.

“Dia kelihatan seperti mahu terjun ke bawah sambil mengatakan hendak bercakap dengan teman lelakinya.

“Pihak polis dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang telah hadir bagi membantu menurunkan mangsa yang berada di atas sengkuap tersebut tetapi suspek telah terjun ke sengkuap tingkat satu dan papan iklan di tingkat satu pangsapuri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wanita itu dikatakan mengalami masalah hubungan dengan teman lelakinya sehingga mahu membunuh diri.

Ujar Arifai, suspek telah dibawa ke hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Hasil pemeriksaan awal doktor, suspek hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat di bawah seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *