Gagal Curi Wang, Remaja Bakar Rumah Jiran

| May 10, 2021 | 0 Comments

Gagal Curi Wang, Remaja Bakar Rumah Jiran | Disebabkan oleh kegagalan seorang remaja ingin mencuri wang dari rumah jirannya di daerah Jambangan, Candi, Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia. Remaja berusia 15 tahun itu telah bertindak nekad dengan membakar rumah jirannya itu.

Gagal Curi Wang, Remaja Bakar Rumah Jiran

Seorang penduduk di kawasan itu telah memaklumkan kepada mangsa yang juga merupakan jirannya bahawa suspek telah menceroboh masuk ke kediaman Andrian Asrianto atau Aan pada jam 6 petang. Suspek memasuki rumah itu melalui tingkap rumah yang dipecahkan oleh beliau terlebih dahulu.

Ketika kejadian berlaku Aan tidak berada di rumah ketika itu, suspek telah menceroboh rumah sehingga ke bilik tidur mangsa. Dia menggeledah bilik mangsa sebelum membakar kasut mangsa kerana gagal untuk mencuri wang. Api menjadi marak seketika selepas itu dan membakar keseluruhan rumah Aan.

Suspek cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh penduduk disitu. Pada awalnya bapa suspek cuba untuk mempertahankan anaknya dengan mengatakan bahawa kebakaran itu berlaku disebabkan oleh mangsa yang terlupa untuk menutup gas memasak. Namun suspek telah mengaku kesalahannya sejam selepas ditangkap.

Bapa kepada mengsa turut menyatakan kesudian untuk membayar ganti rugi kepada mangsa serta memohon agar kes itu dapat diselesaikan secara baik. Suspek tetap ditahan di balai polis Sidoarjo, Jawa Timur kerana mempunyai rekod jenayah lampau.

Antara jenayah pernah dilakukannya sebelum ini adalah dua kali terbabit dalam kes kecurian di rumah sama hingga mangsa kehilangan wang sebanyak 1 juta rupiah (kira-kira RM289). Selain itu, suspek juga dikatakan pernah mencuri wang daripada tabung derma diletakkan di premis dan membakar rumah jiran yang lain.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *