Gagal Imbas MySejahtera Di Kedai Makan, Pemuda Dikompaun RM 10,000 | Baru-baru ini tular di media sosial, seorang pemuda telah dikompaun RM 10,000 oleh pihak berkuasa akibat gagal mengikuti SOP di premis makanan iaitu imbas kod QR MySejahtera.

Kejadian tersebut telah berlaku di salah sebuah kedai makan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Secara tidak langsung, pemuda tersebut telah melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah pun mengeluarkan kenyataan di mana individu yang ingkar SOP kini akan dikompaun sebanyak RM 10,000.

Kenyataan tersebut berkuatkuasa pada 11 Mac 2021 di satu sidang media khas yang telah dilakukan. Tujuan yang dilakukan adalah agar memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pematuhan SOP PKP.

Selain itu, ia juga dapat mengelakkan pelanggaran SOP yang berulang kali.

Bagi individu yang telah dikompaun, anda diberikan masa dua minggu untuk menyelesaikan kompaun tersebut.

Sumber : Info Roadblock JPJ/Polis, Berita Harian

Share.

Leave A Reply