Gagal Selamatkan Diri, Lelaki Rentung Kereta Terbakar | Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandu terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini, baru-baru ini.

Gagal Selamatkan Diri, Lelaki Rentung Kereta Terbakar

Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira jam 7.05 malam meragut nyawa, Mohd Azizi Jaafar, 37, yang dikatakan gagal keluar menyelamatkan diri dari kereta jenis Perodua Alza yang terbakar.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba, Rozizah Abni Hajar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.07 malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Beliau mengatakan bahawa sebaik tiba di lokasi terdapat dua buah kereta terbakar iaitu Perodua Viva dan Perodua Alza.

Mangsa dilaporkan ketika itu berada di dalam Perodua Alza telah 100 peratus terbakar, manakala sebuah lagi kereta terbakar 80 peratus.

Rozizah turut menyebut, kerja-kerja memadam kebakaran itu menggunakan dua aliran hose reel dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

Gagal Selamatkan Diri, Lelaki Rentung Kereta Terbakar

Mayat mangsa kini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply