Gali Semula Kubur Ibu, Keluarga Tersilap Mayat

| April 11, 2020 | 0 Comments

Gali Semula Kubur Ibu, Keluarga Tersilap Mayat | Dua keluarga terkejut dan terpaksa menggali semula kubur hanya kerana tersilap kebumikan mayat orang lain, ini sebabnya. Baca seterusnya..

Sebuah hospital di China memohon maaf atas kesilapan pihaknya ketika menyerahkan dua mayat kepada  keluarga si mati.

Metro UK melaporkan, kesilapan itu disedari selepas satu keluarga memaklumkan kepada pihak hospital menerima mayat wanita warga emas berusia 80 tahun dan bukannya jasad lelaki 21 tahun seperti yang sepatutnya.

Keluarga wanita dilaporkan membuat tuntutan mayat dua minggu lebih awal tanpa menyedari jasad dikebumikan sebenarnya adalah lelaki yang juga individu lain.

Bapa saudara pemuda lelaki terbabit, Cheng Yahong memberitahu media tempatan bahawa anak saudaranya, Cheng Guaiguai meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 15 Mac dan disimpan di ruang simpanan mayat Hospital Awam Cheng’an selama 20 hari.

Katanya, sementara menunggu pengebumian dilakukan, caj sebanyak 9,600 RMB (RM5,880) dikenakan bagi perkhidmatan menyimpan mayat.

“Pada 8 April lalu, kami ke situ untuk menuntut mayatnya tetapi menerima jasad individu lain.

“Disebabkan itu, kami menghubungi pihak polis dan pegawai bertugas serta kakitangan hospital  kemudiannya mengiringi kami ke tanah perkuburan.

“Ia bagi menyelesaikan urusan menggali semula kubur serta perpindahan mayat anak saudara saya,” katanya.

Difahamkan, keluarga itu menyempurnakan upacara pengebumian pada hari berikutnya.

Kedua-dua keluarga dilaporkan menerima ganti rugi atas apa yang berlaku.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *