Gambar Ini Jadi Viral Dan Buat Ramai Sebak. Semoga Semua Petugas Tabah.

| April 9, 2020 | 0 Comments

Gambar Ini Jadi Viral Dan Buat Ramai Sebak. Semoga Semua Petugas Tabah. | Gambar petugas perubatan memegang sekeping kadbod yang menyatakan kesukaran untuk minum ketika memakai pakaian pelindung diri (PPE) yang tular di media sosial meruntun hati para netizen.

Wakil Ketua Umum Pengurus Besar Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Mohammad Adib Khumaidi berkata, gambar itu memberi gambaran bahawa keadaan mereka sangat tertekan kerana perlu merawat pesakit koronavirus (Covid-19).

“Mereka juga perlu memakai PPE sepanjang masa dan keadaan itu sedikit sebanyak menyukarkan mereka kerana perlu mengambil masa untuk minum kerana terlalu ramai pesakit,” katanya kepada Detik News.

Adib mengatakan pelbagai kesulitan dirasakan petugas perubatan yang mengenakan PPE.

“Salah satunya sukar mahu makan dan minum. Selain itu, mereka juga terpaksa menahan untuk buang air kecil ataupun besar selama memakai PPE.

“Jika mereka mahu pergi ke tandas, mereka perlu buang PPE selepas membukanya.

“Ertinya petugas perlu menggunakan PPE yang baru selepas itu dan ketika ini keperluan PPE sangat berkurangan,” katanya.

Menurutnya, susulan itu, para petugas perlu mengikuti tiga syif dalam tempoh lapan jam.

“Ada peraturan untuk syif 8 jam, (terdapat) tiga syif (dalam) satu hari. Setiap syif itu petugas akan bertukar memakai PPE dan petugas yang telah tamat syif boleh makan, minum atau apa sahaja aktiviti selepas bebas dari merawat pesakit Covid-19,” kata Adib.

Dalam pada itu, gambar tular itu adalah petugas perubatan dari Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Andi Makkasau, Kota Parepare, Sulawesi Selatan.

Sumber : SH

Tags: , , , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *