Gara-Gara Bosan, Empat Remaja Perempuan Bakar Rumah

| April 13, 2021 | 0 Comments

Gara-Gara Bosan, Empat Remaja Perempuan Bakar Rumah | Tindakan yang tidak disangka-sangka oleh sekumpulan remaja hanya kerana bosan mereka nekad membakar rumah. Baca selanjutnya..

BOSAN BAKAR RUMAH

Philadelphia: Gara-gara kebosanan, empat remaja perempuan di Pennsylvania, Amerika Syarikat membuat kerja gila dengan membakar sebuah rumah.

Mereka didakwa membakar rumah tidak berpenghuni di Pennsylvania sebelum memuat naik rakaman kebakaran itu di Snapchat.

Memetik New York Post, polis menggunakan hantaran di media sosial itu bagi mengenal pasti suspek sebelum menahan empat remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada 3 April lalu di sebuah rumah jenis duplex di Ferndale.

Ketua Polis Ferndale, John Blake berkata, remaja perempuan itu membuat pengakuan mereka membakar rumah itu kerana kebosanan.

Katanya, mereka menggunakan beberapa penyembur aerosol termasuk untuk serangga dan lysol untuk menyalakan api.

Sementara itu laporan menyebut, seorang pegawai polis dan bomba mengalami kecederaan ringan semasa memadamkan kebakaran itu.

Remaja berkenaan didakwa melakukan pembakaran, menyebabkan malapetaka, menceroboh dan membahayakan orang lain.

Mereka dibebaskan dan perbicaraan kes mereka akan berlangsung di mahkamah juvana di Cambria.

Sumber : Hmetro

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *