Gara-Gara Pam Tandas Bunyi Bising, Suami Isteri Saman Jiran RM45K | Sepasang suami isteri menerima bayaran pampasan sebanyak €9,500 (RM45,120) hasil tuntutan saman ke atas jiran yang mengganggu mereka dengan bunyi pam tandas, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Menurut laporan pasangan itu, bunyi pam tandas jiran itu telah ‘menghantui’ mereka selama 19 tahun sejak 2003.

Kes tersebut bermula apabila jiran mereka, yang terdiri daripada empat lelaki bersaudara membeli tandas baharu untuk rumah mereka di Gulf of Poets, Itali.

Pasangan suami isteri tersebut mengadu mengenai bunyi pam tandas yang kuat itu lantas membawa kes tersebut ke mahkamah di bandar La Spezia.

Menurut mereka, bunyi daripada tandas itu tidak boleh diterima kerana katil mereka berada di sebelah dinding yang berhubung dengan tandas tersebut.

Bilik mereka juga dikatakan amat kecil untuk membolehkan mereka mengubah kedudukan perabot.

Hakim mahkamah itu bagaimanapun menolak tuntutan tersebut sekali gus membuatkan mereka membawa kes tersebut ke sebuah mahkamah rayuan di Genoa.

Hasil pemeriksaan di pangsapuri mereka kemudiannya mendapati bahawa pam tandas milik empat lelaki bersaudara itu menjejaskan kualiti kehidupan mereka kerana bunyinya amat bising.

Keempat-empat beradik itu bagaimanapun mencabar keputusan mahkamah tersebut di sebuah lagi mahkamah tinggi di Rom.

Hakim kemudiannya membuat keputusan yang memihak kepada pasangan tersebut dan berkata bahawa bunyi bising itu melanggar hak suami isteri itu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply