Gara-Gara Rokok, Anak Sembelih Bapa | Seorang lelaki di Pulau Phuket didakwa membunuh bapanya selepas berbalah mengenai wang untuk membeli rokok baru-baru ini, lapor portal berita Thaiger.

Arnon Kammanochart, 26, mengelar leher Uthai Kammanochart, 51, di daerah Thalang pada Isnin lalu dengan mendakwa dia mempertahankan diri ketika bergelut dengan bapanya sebelum bertindak membunuhnya.

Lelaki itu memberitahu polis Thalang bahawa Uthai memintanya membeli rokok menyebabkan pemuda berkenaan pergi ke rumah neneknya untuk mendapatkan wang.

Namun, neneknya enggan memberikan duit lalu dia pulang ke rumah.

Selepas pulang ke rumah, Arnon memberitahu mangsa neneknya enggan memberikan wang kepadanyaa.

Ekoran itu, mangsa berang lalu menendang muka suspek. Suspek kemudian mengambil sebilah pisau untuk mempertahankan diri sebelum mengelar leher dan membunuh mangsa.

Beberapa anggota polis tiba di lokasi tersebut sebelum suspek menyerah diri.

Mereka turut menemui mayat mangsa di atas katil di belakang rumah dengan kesan luka di leher dan mukanya.

Namun, tiada saksi dapat mengesahkan kejadian itu kerana hanya mereka berdua tinggal di rumah berkenaan.

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel ini :

Lelaki Buat Ancaman Bvnuh Terhadap Agong Ditahan | Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda.

Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

Rata-rata komen netizen di Facebook berasa kesal dengan kejadian yang berlaku.

“Dah tua pon bodoh.. 😡 Agong lambang kedaulatan negara. Jangan sesekali menpermainkan Tuanku Agong. Rakyat harus berbangga dan pertahankan sultan2 melayu tanah air kita,” @Wak Doyok.

“Lucutkan kerakyatan bagi pengajaran pada yang lain. Buktikan negara kita negara beraja dan berdaulat,” @Aisya Nurain.

“Hukum seberat2 hukuman kepada penderhaka. Memang kita semua tak maksum termasuk agung, tapi kena faham sistem beraja yang memanyungi agama, bangsa dan negara Islam umumnya,” @Pokok Belimbing.

“Siapa pun yang jadi Perdana Menteri minta kuatkuasakan undang-undang:  1. Hukuman berat bagi setiap pelaku penghinaan terhadap sebarang agama dinegara ini. 2. Hukuman paling berat terhadap pelaku penghinaan, atau salah laku kepada YDPA atau insitusi raja2 3.Hukuman berat bagi setiap pelaku penghinaan terhadap bangsa atau keturunan seseorang. Insya-Allah! Kalau perkara ini dapat dilakukan saya percaya Malaysia akan aman dari anasir-anasir yang tidak baik dan pelampau agama dan bangsa,” @Syed Yaizd AlQudsy.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply