Gara-Gara Tekanan Pembelajaran Online, Pelajar Bunuh Diri

| October 18, 2020 | 0 Comments

Gara-Gara Tekanan Pembelajaran Online, Pelajar Bunuh Diri | Jakarta- Seorang pelajar nekad membunuh diri kerana tertekan dengan sistem pembelajaran secara online yang dilaksanakan sekolahnya di Dusun Bontote’ne, Desa Bilalang, Kecamatan Manuju, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai IM(16) meminum racun dan merakam perbuatannya itu dalam sebuah video berdurasi 32 saat,lapor portal Tribun Timur.

Menurut Ketua Bahagian Jenayah Polis Gowa, Asisten Komisioner Jufri Natsir, mangsa sering mengadu masalah internet yang sukar didapati di kampungnya.

“Mangsa sudah meninggal dunia ketika ditemui adiknya di bawah katil dalam keadaan mulut berbuih.

“Sebotol racun serangga dan sisa-sisa racun turut ditemui dalam bilik mangsa membunuh diri,” kata Jufri.

Mengikut keterangan rakan-rakan mangsa, IM sering mengeluh kerana banyak tugasan sekolah perlu dibuat secara online dan memerlukan pautan internet yang laju.

Sementara itu Ketua Polis Manuju, Inspektor Jamaludin berkata mangsa dilaporkan sering bermimpi meninggal dunia dan melihat jenazahnya dimandikan.

“Mangsa juga kerap kali mengatakan bahawa dia akan meninggal dunia pada hari minggu,” kata Jamaludin lagi.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *