Gelandangan Serang Bilal Masjid Dengan Pisau

| December 14, 2020 | 0 Comments

Gelandangan Serang Bilal Masjid Dengan Pisau | London: Seorang lelaki gelandangan dipenjara lebih tujuh tahun oleh sebuah mahkamah di United Kingdom, kerana menyerang bilal masjid di sini, dengan menggunakan pisau, pada Februari lalu.

Ketika kejadian, tertuduh, Daniel Horton, 30, menyerang Raafat Maglad, 70-an, di Masjid Central London berhampiran dengan Regent’s Park,

Pada prosiding sebelum ini, Horton, mengaku salah terhadap satu pertuduhan menyebabkan kecederaan yang teruk terhadap mangsa dan memiliki senjata tajam.

Menurut keterangan saksi, tertuduh duduk secara diam berada di belakang Maglad sebelum dia tiba-tiba menikam mangsa.

Ia menyebabkan mangsa cedera dengan kesan luka sepanjang 1.5 sentimeter di lehernya.

Bagaimanapun, Maglad kembali bertugas kurang 24 jam selepas kejadian.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Benn Maguire, akibat kejadian itu, mangsa kini berasa bimbang untuk berada di depan jemaah kerana takut diserang.

Selain itu, mangsa juga mengalami kerosakan saraf, sukar untuk tidur dan ia turut menjejaskan suaranya.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa tertuduh mengenali mangsa kerana lelaki terbabit pernah hadir ke masjid berkenaan.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *