Masyarakat Kota Balikpapan di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia dikejutkan dengan penemuan tiga orang kanak-kanak perempuan yang dipercayai dikurung oleh ibu mereka.

GEMPAR! 3 Budak Ditemui Selepas Setahun Dikurung Ibu. Ini PUNCANYA

Mangsa yang berusia 6, 10 dan 14 tahun dipercayai dikurung di dalam rumah mereka di Perumahan RT 28 sejak setahun yang lalu.

Menerusi laporan KlikKlatim, penduduk kampung dikatakan pergi ke rumah terbabit untuk membebaskan tiga kanak-kanak berkenaan selepas mengetahui perkara yang sebenar.

Ketika petugas masyarakat dan penduduk setempat tiba, rumah berkenaan berada dalam keadaan terkunci dari luar.

Malah, terdapat salah satu daripada bilik tidur di dalam rumah terbabit dikunci dengan mangga yang dipasang lebih daripada satu.

Ketika kesemua mangsa ditemui, mereka berada dalam keadaan tertiarap dan lemah.

Wajah mereka turut pucat kerana sudah setahun tidak dapat melihat cahaya matahari.

Lebih menyayat hati apabila melihat keadaan bilik terbabit yang menempatkan kanak-kanak itu begitu sempit seperti bilik tahanan.

GEMPAR! 3 Budak Ditemui Selepas Setahun Dikurung Ibu. Ini PUNCANYA

Menurut ketua kampung, Alpirawan, perkara terbabit terbongkar selepas penduduk kampung sudah lama tidak melihat ketiga-tiga kanak-kanak itu pergi ke sekolah.

Katanya, pihak sekolah pernah datang dan tanya mengenai keadaan tiga kanak-kanak itu kerana mereka tidak pernah datang belajar.

Malah, sudah setahun tidak melihat mereka keluar dari rumah atau bermain di kawasan sekitar.

Dalam pada itu, ibu bapa mangsa mendakwa tiga anaknya itu berada di sekolah asrama di Jawa, namun ia tidak dapat mengurangkan rasa curiga lelaki terbabit.

Susulan itu, dia membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada Jabatan Masyarakat Kelurahan Batu Ampar.

Hal ini kerana berkemungkinan kanak-kanak itu dikurung di dalam rumah.

Tambahnya lagi, ibu bapa mangsa dikatakan sudah berpisah dan si suami takut kepada isterinya sehingga sanggup tidur di luar rumah.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga kanak-kanak terbabit telah dibawa ke Unit Pelaksanaan Teknikal Perkhidmatan (UPTD) Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Balikpapan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply