Gempar! Kereta Mewah Ditemui Terbakar Di Tepi Jalan | SUNGAI BESAR: Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Persekutuan Klang-Teluk Intan berhampiran Kampung Sungai Nipah, di sini, gempar selepas sebuah kereta mewah BMW terbakar, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis.,berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.50 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, sebuah kereta didapati terbakar dan operasi memadam kebakaran dijalankan. Kejadian tidak membabitkan mangsa, namun kereta itu musnah 80 peratus. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

SUMBER : Berita Harian

Share.

Leave A Reply