Geram Dibandingkan Dgn Bekas Isteri, Wanita Tikam & Bakar Kereta Suami | BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Chon Buri, Thailand menikam suaminya sebelum membakar kereta mangsa kerana sering dibandingkan dengan bekas isterinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Anggota Balai Polis Samet dan Yayasan Penyelamat Nithi Tri Kannatham bergegas ke lokasi kejadian pukul 9 malam (waktu tempatan) semalam selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang cedera.
Mangsa yang dikenali sebagai Samart Kengparn, 36, dibawa ke Hospital Chon Buri kerana tikaman pada lengan dan bahu kanannya.
Menurut Samart, isterinya yang bernama Tik menikamnya ketika dia sedang bermain dengan anjing peliharaan mereka.
Samart cuba mendapatkan rawatan di pusat kesihatan awam berdekatan, namun isterinya membakar trak pikap Nissan Navara miliknya.
Tik menunggu polis di lokasi kejadian dan menunjukkan mukanya yang lebam akibat perbuatan suaminya.
“Saya dan suami sudah lama bersama. Dia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang saya lakukan untuknya. Baginya, saya tidak dapat menandingi bekas isterinya.
“Saya marah dan perkara itu menyebabkan pergaduhan. Jadi saya tikam dia dua kali. Apabila dia melarikan diri, saya membakar keretanya,” kata Tik dalam keadaan sebak.
Polis menyoal siasat wanita itu dan kemudian menghubungi suaminya yang cedera untuk membincangkan kes tersebut bagi meneruskan tindakan undang-undang.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Warga Emas Ditemui M4ti Dlm Kereta Ditikam Dengan Garpu Kerana Isu Hutang
Siasatan kes bunuh warga emas berusia 70-an yang ditemui mati di dalam sebuah kereta di Jalan Selayang Baru, Batu Caves, Selangor pada 9 Mei lalu hampir selesai.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seorang suspek warganegara Indonesia telah ditahan pada hari yang sama selepas kejadian itu berlaku.
Menurutnya, suspek dan mangsa saling mengenali serta tinggal dalam kawasan berhampiran.
“Suspek dipercayai selalu membuat pinjaman wang dengan mangsa bagi perniagaan barangan emas secara kecil-kecilan.
“Pada hari kejadian, suspek dan mangsa dipercayai bertelingkah serta bertengkar ekoran pinjaman wang sebanyak RM3,000.
“Suspek dipercayai telah menikam leher mangsa menggunakan garpu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, kertas siasatan berhubung kes itu hampir selesai dan akan dirujuk kepada pendakwa raya dalam masa terdekat.
Pada 10 Mei lalu Sinar Harian melaporkan penemuan mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai mati dibunuh dalam sebuah kereta di Jalan Selayang Baru, Batu Caves.
Mangsa yang berlumuran darah dengan kesan kecederaan parah di leher ditemui di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Kancil di kawasan lapang hadapan sebuah pusat beli-belah.
Sumber: KMN