Guru Bersama Anak Maut Kereta Terbabas

| June 15, 2020 | 0 Comments

Guru Bersama Anak Maut Kereta Terbabas | Seorang wanita dan anak lelakinya maut selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 8, Jalan Lubok Antu-Engkelili, Sri Aman, hari ini.

Mangsa, Nagie Ali, 39, yang juga seorang guru dan anak lelakinya, Kingston Bidok Philip, 4, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak perempuannya yang turut bersama ketika kejadian itu, Queenna Laie Philip, 9, pula hanya cedera.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian 9.40 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari Lubok Antu menghala ke Engkelili.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, kereta Perodua MyVi itu tiba-tiba terbabas ke sebelah kanan jalan lalu terlanggar pokok kelapa sawit.

“Akibat kemalangan itu, kenderaan rosak teruk di bahagian kiri menyebabkan pemandu dan seorang penumpangnya maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera ringan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kereta terbabit turut dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi mengenalpasti punca kejadian,” katanya.

Sumber : MyMetro

Tags: , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *