Guru Didakwa Cabul Murid Dalam Kelas | Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan tahun dua di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok dekat sini tahun lalu.
Tertuduh, Nik [email protected] Abdul,56, yang merupakan guru Bahasa Melayu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun 11 bulan.
Kesalahan itu dilakukan olehnya pada pukul 7.40 pagi hingga 9.40 pagi, minggu ketiga bulan April 2022 di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok dekat sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Nurul Hanini tidak menawarkan jaminan terhadap pertuduhan tersebut kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan amanah dengan mangsa iaitu guru dan murid.
Tertuduh dalam rayuannya memaklumkan akan melantik peguam dan memohon jaminan diberikan.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa.
Mahkamah turut menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes.
Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.
Sumber: Utusan Malaysia
Artikel Lain
Guru Agama Cabul 7 Kanak-kanak Perempuan
Guru Agama Cabul 7 Kanak-kanak Perempuan | Seorang guru agama diberkas polis selepas disyaki melakukan penderaan seksual terhadap tujuh kanak-kanak perempuan di Koang Jaya, daerah Karawaci, Kota Tangerang.
Portal Kompas.com melaporkan Pesuruhjaya Polis Metro Kota Tangerang, Zain Dwi Nugroho berkata, penderaan seksual itu dipercayai berlaku sejak Disember lalu hingga Januari ini.
Zain menjelaskan, kes itu terbongkar apabila polis menerima laporan daripada ibu bapa mangsa pada 15 Januari lalu.
Dalam laporan itu, ibu bapa mangsa mengaku anak mereka menjadi mangsa penderaan seksual ketika menuntut ilmu agama di rumah guru agama yang dikenali sebagai M itu.
Beliau berkata, berdasarkan hasil siasatan, pada awalnya diketahui ada tiga mangsa guru agama itu, namun kemudian meningkat kepada tujuh orang.
Beliau berkata, kanak-kanak yang didera secara seksual itu berusia antara lapan hingga 10 tahun.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pelaku mengaku memasukkan tangannya ke dalam skirt dan menyentuh kemaluan mangsa.
Beliau bertambah lagi bahawa, bukan itu sahaja, pelaku turut meraba dada dan paha mangsa. Bahan bukti yang dirampas ialah pakaian mangsa dan pakaian penjenayah serta hasil pemeriksaan perubatan.
Katanya, Kini, pelaku sedang meringkuk di penjara Polis Metro Kota Tangerang. Ketika ini mereka sedang meneruskan siasatan selain bantuan tertentu turut diberikan kepada mangsa.
Zain berkata, pihaknya sedang meneliti kes itu namun apa yang jelas pelaku melakukan perbuatannya kerana keghairahan nafsu terhadap mangsa.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Pasal 76 D Junto Pasal 81, Pasal 76 E Pasal 82 Undang-Undang Republik Indonesia mengenai perlindungan anak yang diancam dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara 15 tahun.
Sumber: Harian Metro
Wanita Cabul 17 Kanak-kanak
Wanita Cabul 17 Kanak-kanak | Menggemparkan apabila seorang wanita di Indonesia disyaki menjadi suspek utama yang terbabit dalam kes cabul terhadap 17 kanak-kanak bawah umur.
Portal Kompas melaporkan, mangsa terdiri daripada enam kanak-kanak perempuan dan 11 lelaki.
Eff, salah satu satu ahli keluarga memberitahu suspek yang berusia 25 tahun dan mangsa menetap di kawasan yang sama.
Suspek dikatakan menawarkan perkhidmatan sewaan permainan Play Station di rumahnya.
Insiden itu berlaku ketika mangsa sedang bermain permainan video di rumah suspek.
Ketika asyik bermain, suspek menutup pintu rumahnya dan memaksa mangsa mengikut kemahuannya.
Menurut Eff, suspek sering memaksa mangsa terdiri daripada kanak-kanak lelaki untuk menyentuh bahagian badannya.
Bagaimanapun, suspek memutarbelitkan fakta bahawa dirinya adalah mangsa jenayah seksual.
Lebih keji, mangsa perempuan diminta mengintipnya ketika suspek melakukan hubungan intim dengan suaminya.
Susulan kejadian, ibu bapa mangsa melaporkan kejadian kepada polis.
Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Jambi, Andri Ananta memaklumkan, pihaknya masih melakukan siasatan di tempat kejadian bagi memeriksa saksi tambahan, termasuk suami suspek.
Beliau berkata, ada enam saksi tambahan, termasuk suami suspek dan ibu mentuanya.
Beliau juga berkata, setakat ini, mereka baru mengambil keterangan daripada suaminya sebagai saksi.
Sumber: Harian Metro