Guru yang merupakan ibu kepada dua anak maut selepas terjatuh dari ketinggian 45 meter ketika mencari kolam viral di Snowdonia, Wales, lapor Mirror UK.
Mangsa, Victoria, 47, seorang guru pendidikan khas pada awalnya tersesat sewaktu mencari kolam tersebut.
Mangsa bersama pasangannya, Radnor serta dua orang lagi tersesat di sekitar Llanberis Pass.
Pada awalnya, Radnor telah membawa mangsa lebih 160 kilometer dari rumah mereka di Wolverhampton ke Betws-y-Coed (kawasan lokasi kejadian) pada hujung minggu.
Menurut Mirror, mereka menemui lokasi unik yang dikatakan sebagai ‘kolam infiniti’ itu di media sosial sebelum sama-sama berpakat untuk datang melihatnya sendiri di sana.
Victoria melihat kolam itu di Tiktok dan kemudian menunjukkan kepada pasangannya.
Dia yang terpesona dengan tempat itu mengambil keputusan untuk pergi.
Mereka yang tersesat di gunung tertinggi di Wales itu akhirnya mengambil keputusan untuk mengikuti arah berbeza dalam usaha mencari jalan turun dari situ.
Sewaktu tersesat, Radnor sempat melihat wanita itu terjatuh ke bawah, cuma hanya jeritan suaranya sahaja yang kedengaran.
Dia yang mendengar jeritan itu kemudiannya melihat ke bawah gunung dan segera menjerit meminta tolong.
Sehubungan itu, helikopter penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian namun mereka mendapati mangsa telah meninggal dunia di situ.
Sementara itu, Penolong Kanan North West Wales, Sarah Riley menyimpulkan bahawa mangsa meninggal dunia adalah disebabkan kemalangan.
Tiada laluan yang ditetapkan di kawasan gunung itu dan ia bukanlah jalan untuk turun dari Crib Goch.
Kekasihnya turut mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai peta dan sebarang aplikasi bantuan navigasi di telefon bimbit mereka.
Tambahnya, Victoria disahkan meninggal dunia dengan kesan beberapa kecederaan akibat terjatuh dari ketinggian 45 meter.
Menurut Mirror, difahamkan kejadian ngeri itu berlaku sekitar musim Krismas hujung lepas.
Namun, inkues kes disiarkan dalam laporan seperti yang dilapor Mirror baru-baru ini.
Sumber: Siakap Keli