Guru Tuisyen Sebar Berita Palsu Didakwa Di Bawah Ordinan Darurat

| June 1, 2021 | 0 Comments

Guru Tuisyen Sebar Berita Palsu Didakwa Di Bawah Ordinan Darurat | Penyebaran berita palsu di kala peningkatan kes Covid-19 semakin membimbangkan. Hal ini kerana ia seolah-olah sengaja ingin menakutkan dan meracuni pemikiran mereka yang mempercayai berita terbabit. Oleh itu, tindakan yang tegas diambil sebagai langkah mengatasi penyebaran berita palsu.

Guru Tuisyen Sebar Berita Palsu Didakwa Di Bawah Ordinan Darurat

Johor Bahru: Seorang guru tuisyen menjadi dua individu pertama yang dituduh di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 kerana menyebarkan berita palsu berkenaan Covid-19 di laman media sosial pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Nazaruddin Yusoff,50, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Fuad Othman.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dan mengadakan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar dengan memuat naik sekeping gambar ke akaun Facebook yang menggunakan profil ‘Mohd Nazaruddin Yusoff’.

Gambar itu memaparkan seorang anggota polis dilihat terbaring dengan beberapa anggota polis memberi bantuan dengan keterangan gambar, ‘Mati lagiā€¦di Pontian, vaksin kedua’.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 21 April 2021 pada jam 11.50 pagi di Pengurusan Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Pontian.

Dia didakwa telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 dan jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya kesalahan itu berterusan, tertuduh boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Sebaik pengakuan tidak bersalah direkodkan, mahkamah kemudian menetapkan 7 Julai depan untuk tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *