Hajat Ziarah Kematian Tak Kesampaian, Lelaki Terlibat Kemalangan | Hulu Terengganu– Hajat seorang untuk menziarahi kematian tidak kesampaian apabila cedera parah selepas kereta Perodua Viva dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kuala Jeneris – Sungai Gawi berhampiran Aring dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam itu, Che Muda Hasan, 57, mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd. Zamri Muda berkata, sewaktu kejadian, Che Muda dikatakan dalam perjalanan untuk menziarahi kematian di Besut dari Perak.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa bersendirian bertembung dengan sebuah lori lima tan.

“Dia yang mengalami kecederaan tersepit hampir sejam sebelum berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan tiba pada pukul 8.10 malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, Che Muda berjaya dikeluarkan dari kenderaannya yang remuk teruk pada pukul 8.50 malam.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu di sini untuk menerima rawatan.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply