Hakim Nafi Ditemui Berbogel, Ahli UMNO Didakwa Fitnah.

| January 12, 2022 | 0 Comments

Hakim Nafi Ditemui Berbogel, Ahli UMNO Didakwa Fitnah. | PETALING JAYA: Seorang hakim yang didakwa mengaib kehormatan seorang wanita di rumahnya telah memfailkan laporan balas terhadap pengadu terbabit.

Hakim Nafi Ditemui Berbogel, Ahli UMNO Didakwa Fitnah.

Hakim itu juga memfailkan satu lagi laporan polis hari ini terhadap seorang ahli Umno, berhubung satu klip video di media sosial mengenai dakwaan berkaitan.

Laporan balas terhadap pengadu dibuat di Balai Polis Ampang, pada 12 Dis lalu, menurut laporan polis hari ini yang dilihat FMT.

Dalam laporan terkini hari ini, hakim itu menafikan sama sekali tuduhan terhadapnya. Beliau juga telah memberikan kerjasama dengan polis dalam siasatan mereka, katanya.

Hakim itu mendakwa laporan pengadu pada Disember lepas adalah laporan palsu yang didalangi oleh beberapa individu yang mahu menjatuhkan beliau dan merampas jawatannya.

Dalam laporan terhadap ahli Umno terbabit, hakim itu mendakwa tindakan individu itu berniat jahat dan berunsur fitnah jenayah.

Peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili hakim itu memberitahu FMT, surat tuntutan fitnah akan dihantar kepada ahli Umno itu esok, disusuli writ saman yang akan difailkan di mahkamah di Kuala Lumpur.

Semalam, FMT melaporkan seorang wanita berusia 57 tahun memfailkan laporan polis terhadap hakim itu yang didakwa telah mengaib kehormatannya.

Kejadian dikatakan berlaku pada Ogos 2020, menurut laporan polis yang dilihat FMT.

Pengadu mendakwa hakim berkenaan datang ke rumahnya ketika suaminya terlantar sakit dan mohon dibenarkan menumpang bilik tidur untuk solat.

Dia kemudian mendapati hakim berkenaan berada terlalu lama dalam bilik dan apabila diperiksa mendapati lelaki itu sedang tidur atas katil dalam keadaan bogel.

Sumber: FMT

Tags: , ,

Category: JENAYAH, POLITIK, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *