Hanipa Beri Amaran Ujian Pertama Ismail Yang Bakal Ditempuhi | Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 baru-baru ini dan mendapat pelbagai ucapan tahniah dari semua ahli parlimen termasuk Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

Hanipa Beri Amaran Ujian Pertama Ismail Yang Bakal Ditempuhi

Berikutan itu, Hanipa Maidin turut mengingatkan kepada Dato’ Sri Ismail Sabri supaya segera membuktikan bahawa dia mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat selain mengatakan bahawa dirinya tidak mempunyai masalah pun untuk mengucapkan tahniah kepada YB Bera di atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri ke-9 atas roh ‘sportmanship’.

Jelasnya lagi, pada mulanya dia agak kritikal sebelum pelantikan itu atas dasar meragui sokongan yang beliau perolehi khususnya dari Bersatu itu adalah sah kerana kenyataan media Presiden Bersatu yang jelas hanya memberikan sokongan bersyarat dan tidak muktamad dan ia melanggar arahan jelas Yang Dipertuan Agong.

Walau bagaimanapun, menurut pemimpin Amanah itu, usul undi percaya di Dewan Rakyat seperti yang diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong mesti dibawa oleh kerajaan dan ia perlu dipercepat.

Menurutnya, jika ada suara-suara ‘nakal’ yang cuba berhujah kononnya kini tidak wajib dibuat usul undi percaya di Dewan Rakyat, pada hematnya, kenyataan sebegitu amat tidak wajar, mengelirukan dan boleh dengan sewajarnya ditafsirkan seperti tidak menghormati titah Agong tersebut sedangkan Agong secara jelas mengkehendaki pelantikan itu diabsahkan melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Justeru itu, usul undi percaya di Dewan Rakyat seperti mana titah Agong, adalah wajib dan mesti dibawa oleh pihak kerajaan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen ini dan ia perlu menjadi agenda yang perlu disegerakan.

Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada pukul 2.30 petang, semalam.

Upacara itu dilaporkan telah disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen nasional dan halaman Facebook Jabatan Perdana Menteri.

Ismail Sabri dilaporkan antara perdana menteri pertama yang bukan ketua atau timbalan ketua parti politik selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghadapi tuduhan rasuah sementara timbalannya Mohamad Hasan bukan ahli parlimen.

Ahli Parlimen Bera itu mengambil alih jawatan perdana menteri sementara Muhyiddin Yassin, yang merupakan presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional.

Muhyiddin digulingkan setelah 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan kepada kerajaan gabungannya yang terdiri daripada PN (Bersatu, PAS, STAR, SAPP, Gerakan), BN (Umno, MCA, MIC, PBRS), GPS (PBB, PRS, PDP SUPP), PBS dan Ahli Parlimen bebas.

Sumber: Malaysiakin

Share.

Leave A Reply