Hanya 3 Kes Positif Covid-19 Hari Ini Dan 9 Pesakit Discaj. Alhamdulillah.

| June 23, 2020 | 0 Comments

Hanya 3 Kes Positif Covid-19 Hari Ini Dan 9 Pesakit Discaj. Alhamdulillah. | Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 9 pesakit Covid-19 yang telah discaj, 3 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini.

Menerusi perkongsian yang dibuat melalui akaun Facebook rasminya, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8186 atau bersamaan dengan 95.3% secara keseluruhannya.

Tiga kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8590. Pun begitu, terdapat hanya 283 kes aktif sahaja yang tinggal.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3 kes yang dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi. Namun, tiada pesakit yang dilaporkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu juga, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan dengan 1.4% secara keseluruhannya.

Sumber : FB DR Noor Hisham Abdullah

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *