Berat mata memandang, berat lagi memikulnya.
Demikian kisah pilu yang dilalui seorang suami dari Sabah selepas dia diuji dengan kehilangan isteri tersayang yang baru empat hari selepas melahirkan anak pertama.
Semuanya bermula apabila Exly Jailon tidak menerima cuti khas yang diperuntukkan untuk suami apabila isteri bersalin (cuti paterniti) seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini sebaliknya hanya diberi cuti dua hari sahaja.
Semasa membuat permohonan tersebut, dia mendakwa diberi ‘kata dua’ oleh pihak majikan ‘bagus lagi kalau kau turun kerja’ seolah-olah memintanya untuk hadir bekerja seperti biasa.
Disebabkan tuntuan kerja, dia tidak mempunyai masa untuk menguruskan isteri serta anak yang baru lahir sehingga isterinya meninggal pada 9 Mei yang lalu.
Menjengah ke halamana Facebook miliknya, dia yang sedih dan terkilan dengan kejadian menimpanya turut membuat beberapa hantaran yang menceritakan situasi yang dialami.
Saya mati-mati (bersungguh-sungguh) kerja, gara-gara itulah saya balik kerja buka pintu nampak mendiang isteri sudah kaku tidak bernyawa ! Bayi menangis bersebelahan. Kamu faham perasaan saya ? luahnya dalam salah satu hantaran pada Isnin.
Meskipun telah 22 hari telah berlalu, namun apa yang dirasainya masih segar dalam ingatan seolah-olah baru semalam berlaku.
Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibayar gaji sepanjang tempoh berkabung.
“Lebih baik saya cuti tanpa gaji saja untuk menjaga mendiang isteri dulu. orang cuti berkabung pun kena non pay leave,” coretmya lagi.
Malah katanya, sejak kejadian tersebut, hatinya sentiasa diruntun pilu selain sering mengalirkan air mata.
Bercerita lebih lanjut tentang situasi yang dialami oleh Exly, Harayanie Hara berkata, perkara yang meninpa rakannya itu sangat meneyentuh perasaan.
Tambahan pula dia dimaklumkan bahawa Exly menemukan mendiang isteri sedang kaku bersebelahan anak berusia empat hari sedang menangis kelaparan.
“Gaji dia juga dipotong selama 13 hari dimana pada masa tersebut sedang berkabung dengan pemergian mendiang,” kongsinya lagi.
Susulan daripada itu, Harayanie meminta Undang-Undang Hak Asasi Pekerja Di Sabah dibuat penelitian semula supaya dapat diubah mengikut kesuaian.
Dia turut mempersoalkan kewajaran paterniti Sabah yang hanya dua hari berbanding Semenanjung yang sudah menetapkan tujuh hari.
“Kenapa beza betul Sabah dengan di sana (Semenanjung)?”
“Syarikat tempat saudara ni bekerja meminta supaya dia tidak menyalahkan pihak mereka jika terjadi hal-hal yang tidak diingini sedangkan minta cuti untuk untuk jaga mendiang pun, syarikat suruh turun kerja.”
Dia bekerja sebagai pemandu penghantar bekalan untuk cawangan. Bukan pemandu gaji lebih daripada RM1.500? ujarnya lagi yang berharap terdapat pihak yang sudi untuk memperjuangkan masalah rakannya itu.
Malah katanya, kejadian berlaku pada 9 Mei lalu tidak diambil tindakan oleh mana-mana pihak sehingga sekarang.
Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komen kurang senang selain berasa marah dengan kejadian yang berlaku pada Exly.
“Banyak syarikat di Sabah ni memang majikan kurang ajar… kalau potong gaji punya main laju. Hak pekerja dia sambil lewa.
“Kelemahan sistem dan tidak strict di Sabah sendiri. Apa kuasa JTK (Jabatan Tenaga Kerja) terhadqp company di Sabah ? Tiada pemantauan yang dilakukan.” ujar beberapa warga maya.
Tidak kurang juga meminta nama syarikat didedahkan pada umum selain turut mengetik Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber : Mstar