Hanya Kerana Air Tangki Habis, Anak Tergamak Pukul Dan Ugut Ibu

| May 22, 2021 | 0 Comments

Hanya Kerana Air Tangki Habis, Anak Tergamak Pukul Dan Ugut Ibu | Ibu merupakan seorang insan yang perlu dihormati dan disayangi. Hal ini kerana mereka sudah bersusah payah melahirkan dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik. Namun, berbeza buat ibu ini apabila anaknya sendiri tergamak memukul dan mengugutnya.

Hanya Kerana Air Tangki Habis, Anak Tergamak Pukul Dan Ugut Ibu

Teluk Intan: Seorang wanita bertindak biadap apabila ia tergamak memukul ibu kandungnya sendiri hanya kerana berang selepas tidak dapat mandi akibat kehabisan air simpanan dalam tangki.

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam di Taman Intan Mas semalam menyebabkan mangsa yang berusia 54 tahun itu cedera selain terdapat kesan calar dan bengkak di jari, pipi dan mata.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian bermula dengan pertengkaran mulut apabila suspek berusia 30 tahun memarahi ibunya selepas air simpanan di dalam tangki habis menyebabkan dia tidak boleh mandi.

Katanya, suspek yang menuduh ibunya sengaja mencari pasal dengannya telah bertindak menolak dan menunjal kepala wanita itu selain menendang kiri dan kanan paha mangsa.

Suspek juga dikatakan telah memukul muka dan jari manis tangan kanan ibunya sebanyak dua kali sehingga jari tersebut bengkak.

Menurutnya, kejadian di ruang tamu itu turut disaksikan adik perempuan suspek berusia 17 tahun di mana dia mengugut mereka dengan mengatakan jangan sampai ada yang mati di tangannya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera telah dirawat di Hospital Teluk Intan sebelum membuat laporan polis hingga membawa kepada tangkapan ke atas suspek pada pukul 2 pagi, hari ini.

Katanya, semakan mendapati, suspek yang tidak bekerja setelah diberhentikan pada tahun 2014 tidak mempunyai rekod lampau yang berkaitan dengan kesalahan jenayah.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *