Hanya Kerana Tidak Sediakan Sarapan, Suami Sanggup Tolak Dan Kurung Isteri

| June 14, 2021 | 0 Comments

Hanya Kerana Tidak Sediakan Sarapan, Suami Sanggup Tolak Dan Kurung Isteri | Seorang suami sepatutnya bertindak melindungi isteri namun berbeza buat lelaki ini apabila ia sanggup memukul isterinya hanya kerana tidak menyediakan sarapan.

Hanya Kerana Tidak Sediakan Sarapan, Suami Sanggup Tolak Dan Kurung Isteri

Klang: Seorang isteri ditolak di bahagian kepala dan badan sehingga terjatuh oleh suaminya hanya kerana tidak menyediakan sarapan pagi dalam kejadian di sebuah Pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi,  di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 7.15 pagi, mangsa yang berusia 27 tahun itu turut dikunci dari luar rumah dan telefon bimbitnya diambil bagi menghalang mangsa menghubungi orang luar.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dari keganasan dilakukan suaminya itu apabila dia menjerit meminta pertolongan daripada jiran depan rumahnya bagi menghubungi pihak polis.

Katanya, anggota polis peronda kemudiannya datang membantu mangsa sebelum membawanya membuat laporan polis.

Bertindak hasil dari maklumat, pihaknya kemudian berjaya menahan suspek yang berusia 28 tahun di rumahnya kira-kira jam 5.15 petang pada hari yang sama.

Menurutnya, soal siasat mendapati suspek mengakui terlibat dalam kes tersebut.

Beliau menjelaskan, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Tambahnya, pemohonan reman ke atas suspek akan dilakukan hari ini di Mahkamah Klang dan kes akan disiasat  mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *